Oohh Perempuan =)

Perempuan suka dipujuk
Tidak semua perempuan mahu dipujuk bila merajuk. Lagi dipujuk bertambah-tambahlah merajuknya. Perempuan macam ni, bagi dia masa untuk dia coolkan diri sendiri, dan autotreatkan hatinya...

Perempuan dan lelaki poket tebal
Tidak semua perempuan suka lelaki poket tebal, terutama lelaki yang poketnya mak bapak dia tolong tebalkan. Perempuan yang macam ni biasanya perempuan yang berdikari. Jangan dekati mereka dengan duit, mereka akan anggap kamu berlagak dan menganggap mereka perempuan mata duitan. Trylah berlagak tukang cop duit depan mereka, kalau nak tengok mereka bengang.

Perempuan suka lelaki hensem
Tidak semua perempuan berminat pada lelaki yang hensem. Sebab lelaki hensem susah nak jaga. Letih layan perasaan bimbang dan jeles bila ada perempuan lain datang dekat. Golongan perempuan macam ni akan cari lelaki yang ‘hensem' hatinya. Nak tau macam mana rupa hati yang hensem? Belah dada pastu cek, ada tak bentuk hati tu berbentuk love. Ntah korang faham ke tak ni..hahahaa...Majoriti perempuan tak suka lelaki yang hatinya 4 segigami.

Perempuan dan airmata
Tidak semua perempuan akan tunjukkan air mata bila sedih dan sakit hati. Perempuan yang tak mudah menangis memang ada, segelintir tak ramai (yang cengeng memang ramai). Mereka ni akan pergi cari tempat tersorok pastu menangis macam orang tak betul, kalau tak pun menangis dalam hati Bagi perempuan menangis itu semestinya, kalau tak takda nama dia perempuan.

Perempuan Queen Control
Tidak semua perempuan suka pada lelaki yang angguk-angguk (ikut cakap) dia, macam burung belatuk. Ramai je yang lebih tertarik pada lelaki yang arrogant, yang suka menentang, yang buat dia rasa geram (tapi tak melebihi had iaitu lelaki yang kekurang-ajaran sebab perempuan memang benci pada lelaki yang tak tau hormat perempuan sebagaimana perempuan menghormati mereka).

Perempuan dan pujian
Tidak semua perempuan suka dipuji. Yang ni tak suka lelaki bermulut manis. Jangan mengayat dengan perempuan macam ni, kamu awal-awal lagi akan dicop buaya. Perempuan macam ni mudah tertarik pada lelaki yang tak tunjuk caring secara depan-depan.Bila perempuan diam Tidak semua perempuan berdiam dan senyum itu tandanya dia bersetuju pada sesuatu keputusan. Diam-diam dia makan hati.

Perempuan macam lelaki jugak.
Tak suka didesak.
Tak suka dikongkong
Ada ego

Perempuan??
Sekuat-kuat perempuan tetap perlukan (sangat) lelaki dalam hidupnya. (makhluk berpasangan ciptaan Tuhan). Perempuan yang indipendent yang kata tak perlukan lelaki dalam hidupnya adalah hipokrit.Sekeras-keras perempuan tetap hatinya kerak nasi.Mengada-ngadanya perempuan, sengaja minta perhatian. :p


Perempuan sukar untuk faham lelaki sebagaimana lelaki selalu kata mereka sukar nak fahami perempuan. (sebab tu ada yang post entri tentang perempuan supaya lelaki boleh faham)

P/S : Lpe nk paste Link dari Article nie..huhu..harap maaf..Insya Allah seri akn try cari balik website 2..then paste link dia k... (I'm Sowie...)
Happy Blogging. Happy Reading ♥

1 00 orang penaip sambil pejam mata ^_^:

₪|Conversationalist|₪ said...

.:| Amat Menarik "Entry" Tersebut, Teruskan Yek |:.

COPYRIGHT© 2010-2011. HAKMILIK CIKSERI.