Dunia Sekarang....

Assalamualaikum ^_^



Dunia sekarang..
kalau tak mak/ayah berlaku kejam pada anak..
anak berlaku kejam pada emak/ayah
kalau tak suami berlaku kejam pada isteri..
isteri pulak berlaku kejam pada suami..
Kalau tak teman lelaki berlaku kejam pada teman wanita..
teman wanita berlaku kejam pada teman lelaki..
dan yang pasti org yang tak dikenali pun boleh berlaku KEJAM pada sesiapa sahaja!!..
Nauzubillah..

Bila manusia hilang kewarasan dan pertimbangan dan bila mana diri jauh dari IMAN, jauh dari ISLAM dan JAUH dari ALLAH SWT...mcm2 boleh berlaku.. Pertengkaran dan persengketaan yang dulunya hanya sekadar tidak bertegur sape, kini semakin membimbangkan...semua akibat DENDAM!!

  • Semoga kita sama2 menjadi anak yg membahagiakan dan berbakti pd org tuanya sehingga ke akhir hayat..
  • Semoga diberikan jodoh yang terbaik dunia & akhirat..
  • Semoga dikurniakan anak yang soleh dn solehah..
  • Semoga di kelilingi oleh insan yg berusaha ke arah kebaikan :)
  • Yang paling penting, jg dan perbaiki hubungan kita dengan ALLAH SWT...Amin.. :)

Info : Tips Menghilangkan Rasa Marah Dalam ISLAM :)

♥ Mengubah Posisi/Kedudukan Anda ♥ 
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang antara kamu marah,dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk kerana hal itu akan menghilangkan marahnya dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Muslim) 
♥ Berwuduk ♥ 
Rasulullah SAW bersabda: "Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila salah seorang antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk." (Hadis Riwayat Abi Daud) 
♥ Minum air ♥ 
Apabila minum air kita akan berasa lega dan dapat memberikan oksigen kepada badan.
♥ Mendiamkan diri ketika marah ♥ 
Apabila kita diam, bukan sahaja dapat mengawal marah malah dapat mengawal diri daripada mengeluarkan kata-kata yang tak sedap di dengar.
♥ Berlindung kepada Allah SWT daripada syaitan ♥ 
Maka bacalah doa-doa, ayat Al-Quran atau pun zikir-zikir yang membantu diri tenang dan jauh dari bisikan syaitan.
♥ Berfikiran positif ♥ 
Sebagai contoh, marahkan pemandu yang memandu dengan tidak berhati-hati, buat kesimpulan bahawa dia sakit perut tu.
♥ Belajar menyampaikan kemarahan secara positif ♥ 
Apabila kita marah kita terdorong untuk meninggi suara. Tapi seeloknya kawal ia baik-baik. Cuba untuk ‘slow talk’ dan tidak memekik atau bersikap garang.
♥ Bawa bertenang ♥ 
Boleh lakukan aktiviti menarik nafas atau aktiviti yang boleh melegakan diri sendiri.
♥ Senyum ♥ 
Senyuman ketika marah itu memang susah dipraktikkan tetapi percayalah ianya adalah senjata paling mujarab... :)

P/S: Pupuklah sifat sabar dan buanglah sikap suka berdendam..xrugi kalau kita memaafkan orang.. Insya Allah besar ganjarannya..saya bukan ustazah, tapi di sini hanya sekadar berkongsi..semoga ianya bermanfaat utk kita semua..  :) okbai..



Happy Blogging. Happy Reading ♥

2 00 orang penaip sambil pejam mata ^_^:

COPYRIGHT© 2010-2011. HAKMILIK CIKSERI.