Showing posts with label puase. Show all posts
Showing posts with label puase. Show all posts

Pencarian di Bazar Ramadhan :)

Assalamualaikum ^_^
Selamat pagi dan Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua blogger dan reader yang beragama Islam. Alhamdulillah hari ini adalah hari keempat kita berpuasa. Semoga sentiasa sihat dan di dalam rahmatNYA serta diberi kesihatan yang baik bagi menyempurnakan ibadah puasa pada kali ini...amin :)

Amacam dengan tajuk entri hari ini...lazat x?hee..almaklum bila cakap pasal Bazar Ramadhan mestilah bab  makan TAPI bukan nak buat korang bertambah terliur, hanya sekadar berkongsi.. Sudah menjadi lumrah time bulan puasa, sebelum melakukan terjah ke bazar ramadhan confirm dalam kepala dok terfikir nak makan apa...betul x? haaa sama jelah kita2 nie..heee... 

Actually bab makanan tu xpeningkan kepala sangat, just nak cari kuih tu yang kusut..uhuk. Dah ade depan mata...terfikir lak sedap x? lembut x?. Kalau korang nak tahu...hanya kerana nak cari kuih dan air nielah yang buat seri rajin nk round satu bazar...dari mula sampai hujung...hahahaha (anggap ler sebagai exercise...kihkihkih).

Kuih & Air Pilihan :)

Apam Tepung Beras
lagi best kalau warna-warni...hee

 Pulut Panggang
Sedap sampai menjilat jari :)

Roti Jala
Kalau kuah roti jala tu sedap...secara automatik semuanye sedap...

Kek Gula Hangus
Ada masanya susah nak cari kuih nie... kalau ada pun tak bape menjadi..huhu

Air Jambu Batu
Best pekena air jambu batu nie...lepas minum tekak rase legaaaa jeee..

 Air Soya
Yang nie memang menjadi pilihan dari zaman berzaman...

Air Kelapa Laut
Susah gak ler nak cari air nie...time study kat kl..senang ler nak dapat...huhu

Segala bagai gambar kat atas nie seri google..takde yg original dari tangan sendiri...harap maklum. Tang air tu seri terpaksa letak pic yang belum siap jadi air..bukan ape takut ade yang tergugat..hehehe. Rasanya time bulan puase nie bab air nie yang lebih banyak dugaannya..kalau tak caye..meh tgk nie...



Haaaa, dah cakap kn?hehehe.. Apepun terima kasih kerana sudi singgah dan Selamat berpuasa semua :) 


Happy Blogging. Happy Reading ♥

Sekadar berkongsi dan Selamat Berpuasa :)

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua reader & blogger yang beragama Islam. Selamat sejahtera buat semua :). Alhamdulillah hari nie genap 5 hari kita berpuasa, semoga kita semakin bersemangat dan terus bersemangat dalam menjalani ibadah puasa kai ini...aminnn...  Bukan ape kadang-kadang ada yang dah lemah longlai jep bila naik tengahari nie...hehehe. ( 2 kali 5 je ngn tuan umah kedaung...kihkihkih).

Jadi dari dok termenungkan nak makan pe or tengah bosan-bosan tu moh ler layan cerita nie  (jumpa kat Youtube). Cerita dia kelakar dan ianya memaparkan perkara yang berlaku dlm masyarakat kita . 



Macam-macam spekulasi yang keluar pasal video nie..ada yang cakap mempersendakan agama dan ada yang boleh menerima kerana ianya sekadar gurauan semata-mata, semuanya terpulang pada individu tu sendiri. Apa yang pasti ada adab-adab yang perlu diamalkan ketika berbuka puasa seperti yang dinyatakan dalam hadis iaitu :

1. Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta'jil al-iftar.
2. Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air.
3. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan.
4. Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka.
5. Berdoa ketika berbuka.
6. Berdoa kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka.


Jadi buang yang keruh, ambil yang jernih okey :). Jangan tensen2 n Selamat berpuasa~


Happy Blogging. Happy Reading ♥

Alhamdulillah, I'm back.....

Assalamualaikum dan selamat tengahari kepada semua readers n bloggers. Syukur Alhamdulillah kepada Allah s.w.t kerana diberikan kesihatan sehingga kini. Tak lupa juga kepada seluruh umat islam di Malaysia "Selamat Menunaikan Ibadah Puasa", semoga kedatangan bulan ramadhan pada kali ini dapat memberikan seribu satu makna buat kita semua. Memang dah lama sesangatlah aku tak update blog bebelan aku nie, dah naik berhabuk dan lapuk...huhu. Maaf kepada sesiapa yang ada menunggu entri baru dari aku (kalau ada lah...hahahaha, if takde pun aku still hargai pada korang yang menjengah blog nie... tenkiu).

Even dah lama tak update tu bukan bermaksud aku sibuk jaga anak...hahahaha (i tak kawen lagi u, cmnelh nak ada anak..anak tekak delah..kihkihkih) Beselah bila jiwa kacau, ape pun xboleh..wekkk. Entahlah banyak sangat benda yang aku dok pikir sampai xde mood nk bukak blog. Ape pun setiap benda yang hadir dalam hidup pasti ada hikmahnya dan sebagai manusia kita hanya mampu berdoa dan tawakal kepada yang Maha Esa, semoga diberikan petunjuk yang terbaik dalam menentukan setiap pilihan.....amin :)


*hasil edit yg huru-hara...hentam sajelah labu...wahahahaha


Happy Blogging. Happy Reading ♥

COPYRIGHT© 2010-2011. HAKMILIK CIKSERI.